Thursday 25 November 2010

SAAT CINTA BERSEMI

Penulis seterusnya pula tidak kurang hebatnya.. DAMYA HANNA...nama yang tidak asing lagi disenarai penulis2 novel tanahair..

Teruskanlah pembacaan kita seterusnya...

Selamat membaca..

TIADA LAGI MIMPI

TIADA LAGI MIMPI ini adalah sambungan dari TAK SEMANIS IMPIAN.. Ceritanya memang best.. teruskan membaca dan membaca...

SINOPSIS:

Norseha? Dia kembali lagi ke sini? Dia datang lagi untuk mengulangi segalanya? Apa pula kali ini? Perasaan Razif tiba-tiba menjadi tidak tentu arah. Langit bagaikan hendak runtuh dan akan ...

Apa seterusnya??? Selamat membaca...

TAK SEMANIS IMPIAN

Penulis ni.. memang penulis favorite saya.. Banyak novel beliau yang dah saya baca. Ini antara novelnya yang top..TAK SEMANIS IMPIAN ni sebenarnya kesinambungan dari novel beliau yang sebelumnya.. Lupa pula tajuknya.. al maklum dah lama... Nanti saya akan cari lagi... mana tahu jumpa pulak..

SINOPSIS:

HARUM bunga mawar mengejutkan Nor- jinah daripada lena. Dia membuka mata- nya perlahan-lahan dan melihat mawar kuning kegemarannya dalam pegangan Razif. Spontan, Razif mendekatkan ...

Selamat membaca..

CINTA KAU DAN AKU


Siti Rosmizah lagi... Layan lah...

Sinopsis..

Masih tidak puas hati dengan perempuan itu. "Kan aku dah cakap dengan kau. Memang susah nak mintak kerja tu tapi kau tak percaya," ujar ... Banyak lagi tempat lain, aku boleh minta kerja. Dia ingat, aku tak terror bawak kereta. ...

Jom kita tengok cerita dari novel ni yang dah ditayangkan... Stay tune!!

Episod 1 , Episod 2 , Episod 3 , Episod 4 , Episod 5 , Episod 6 , Episod 7 , Episod 8 ,

Episod 9  , Episod 10  , Episod 11 , Episod 12 , Episod 13 (Tamat)

ANDAI ITU TAKDIRNYA


Inilah novel cinta pertama yang saya akan paparkan disini... Saya ni bukanlah orang yang suka menangis. Tapi, entah kenapa bila baca novel ni... air mata saya tak putus2 mengalir... Sape yang pernah baca... komenlah sikit... saya nak tahu feedbacknya... Tambah2 pulak, siti tu kenalan saya... Walaupun dia orang baru, tapi.. ada potensi gak..

Jom baca sinopsisnya dulu ye..

Novel mengisahkan Aleeya yang sangat menderita akibat perbuatan suaminya... Bernikah dengan suaminya pun bukan atas dasar cinta... tapi dengan cara yang tak masuk akal... Suaminya pulak... mmm almaklum keturunan syed2... tentulah tak setaraf...

so... sape yang belum baca... silakanlah..

Jom Baca Novel


Salam sayang untuk sekelian alam..

Saya memang suka baca novel. Sesape yang suka baca novel, memang tahu bagaimana penangannya novel ni.. Kalau novel dah ada kat tangan tu.. nampaknya tak jadilah keje masing2..

Yang si anak.. kalau dah baca novel, nampaknya kenalah tahan bebelan dari mak kat dapur tu. Kalau si emak pulak yang dah pekena penangan novel, alamat dapur tak berasaplah.... hehehe

Ye ke begitu? Entahlah.... yang pasti, novel ni memang berhantu.. kalau dah baca, susah nak hentikan. Kalau boleh nak habiskan hari tu jugak. Ada jugak yang sanggup tak tidur sampai ke pagi... hanya semata-mata nak habiskan bacaan... Bila baca novel, jadi macam orang tak betul...ketawa sorang-sorang... menangis.. sampai bengkak2 mata...

Tapi, tak mengapa.. itu adalah sebahagian dari aktiviti kita dalam kehidupan seharian. Tak salah kalau kita membaca... Janji kita bahgia ... kan???

Dalam blog ini, novel2 yang dipaparkan boleh dibaca secara online... tetapi.... ahhh!!! ada pulak tapinya ye.... Tak apalah.. sebenarnya ianya adalah terhad. Jika pembaca sekelian fikir yang novel itu bagus dan perlu diteruskan bacaannya, so apa lagi... kenalah dapatkannya di kedai2 buku atau yang sewaktu dengannya..

Saya rasa, ianya berpada jika kandungannya telah dibaca sedikit dan ianya akan terus dibaca sekiranya pembaca fikir ia perlu diteruskan.. betul tak??

So, selamat membaca.