Thursday 25 November 2010

Jom Baca Novel


Salam sayang untuk sekelian alam..

Saya memang suka baca novel. Sesape yang suka baca novel, memang tahu bagaimana penangannya novel ni.. Kalau novel dah ada kat tangan tu.. nampaknya tak jadilah keje masing2..

Yang si anak.. kalau dah baca novel, nampaknya kenalah tahan bebelan dari mak kat dapur tu. Kalau si emak pulak yang dah pekena penangan novel, alamat dapur tak berasaplah.... hehehe

Ye ke begitu? Entahlah.... yang pasti, novel ni memang berhantu.. kalau dah baca, susah nak hentikan. Kalau boleh nak habiskan hari tu jugak. Ada jugak yang sanggup tak tidur sampai ke pagi... hanya semata-mata nak habiskan bacaan... Bila baca novel, jadi macam orang tak betul...ketawa sorang-sorang... menangis.. sampai bengkak2 mata...

Tapi, tak mengapa.. itu adalah sebahagian dari aktiviti kita dalam kehidupan seharian. Tak salah kalau kita membaca... Janji kita bahgia ... kan???

Dalam blog ini, novel2 yang dipaparkan boleh dibaca secara online... tetapi.... ahhh!!! ada pulak tapinya ye.... Tak apalah.. sebenarnya ianya adalah terhad. Jika pembaca sekelian fikir yang novel itu bagus dan perlu diteruskan bacaannya, so apa lagi... kenalah dapatkannya di kedai2 buku atau yang sewaktu dengannya..

Saya rasa, ianya berpada jika kandungannya telah dibaca sedikit dan ianya akan terus dibaca sekiranya pembaca fikir ia perlu diteruskan.. betul tak??

So, selamat membaca.

No comments:

Post a Comment